Kisah Pencuri Bersama Wanita Sufi Rabia'atul Adawiyah
Kisah Pencuri Bersama Wanita Sufi Rabia'atul Adawiyah : Suatu malam, seorang pencuri telah menceroboh masuk ke dalam pondok Rabi'atul Adawiyah. Dia menyelongkar ke sana sini tapi gagal menemui sebarang benda untuk dicuri kecuali sebuah kendi yang digunakan untuk berwudhuk. Setelah kepenatan, pencuri itu pun melangkah keluar.
'Janganlah engkau keluar selagi engkau belum mengambil sesuatu dari rumah ini " kata Rabi'atul Adawiyah.
Si pencuri itu terperanjat kerana dia fikirkan penghuni rumah yang dicerobohnya sedang keluar rumah. Si pencuri juga rasa hairan kerana ada tuan rumah yang baik hati sehingga mengizinkan pencuri sepertinya mencuri sesuatu daripada rumah itu.
" Sila ambil sesuatu." Kata Rabi'atul lagi.
" Tidak ada apa-apa yang dapat kucuri."
"Ambillah itu." Lalu Rabi'atul Adawiyah menunjukkan kepada kendi air itu.
" Ini hanyalah kendi buruk. Tidak ada nilai jika aku mencurinya."
" Ambillah kendi itu dan bawah ke bilik air. Kemudian engkau berwudhuk dan selepas itu bersolatlah dua rakaat.. Dengan demikian engkau telah mengambil sesuatu yang berharga dari rumah buruk aku."
Mendengar kata-kata itu, si pencuri menjadi gementar dan hatinya yang keras menjadi lembut seperti terpukar. Dia kemudiannya mengambil kendi itu dan dibawa ke bilik air lalu berwudhuk. Sesudah itu dia bersolat dua rakaat. Ternyata dia merasakan suatu kemanisan dalam jiwanya.
Rabia'atul Adawiyah turut berdoa untuk pencuri tersebut:
" Ya Allah, pencuri ini telah menceroboh ke dalam rumahku. Akan tetapi dia tidak menemukan sebarang benda untuk dicuri. Kemudian aku suruh dia berdiri dihadapanMu. Oleh itu janganlah Engkau halang dia untuk memperolehi nikmat dan rahmatMu.
sumber
https://www.facebook.com/notes/blog-cerita-cerita-islam/pencuri-bertuah/246084682091283

Comments
Post a Comment